Saturday, November 13, 2010

 YANG NI NAMA NYA MUJADDARAH...
KHAS DI BUAT DARI JORDAN..


 YANG NI PULA DI CAMPUR DENGAN SYALATHAH...
MASIN-MASIN JUGA RASANYA....

 YANG NI SAYA....SEDAP!!!!!!!!!!

NI LA DR JABER....
DI MASAK UNTUK KAMI.....KAMI????
HAH????CPA YANG AMBIL GAMBAR????
??????
BIARLAH RAHSIA.....
YANG PENTING KAMI BERTIGA....
BUKAN BERDUA YA....


MASAKAN DARI JORDAN....
MUJADDARAH + SYALATHAH.




KEK HARI JADI YANG KE 23....(^_^)

BAGAIMANA ILMU AGAMA ITU DIAMBIL/ DIPELAJARI



"عِلْمُ الدِّيْنِ لايُؤْ خَذُ بِا لْمُطَالَعَةِ مِنَ الْكُتُبِ لأَنَّهُ قَدْ يَكُوْنُ فِيْ هَذِهِ الْكُتُبِ الَّتِيْ يُطَالِعُهَا الشَّخْصُ دَسٌّ وَافْتِرَاءٌ عَلَى الدِّيْنِ أَوْ قَدْ يُفْهَمُ مِنْهَا أَشْيَاءُ عَلَى خِلافِ مَا هِيَ عَلَيْهِ عِنْدَ السَّلَفِ وَالْخَلَفِ عَلَى مَا تَنَا قَلُوْهُ جِيْلٌ عَنْ جِيْلٍ مِنَ الأُمَّةِ فَيُؤَدِّيْ إِلَى عِبَادَةٍ فَاسِدَةٍ أَوْ يَقَعُ فِيْ تَشْبِيْهِ اللهِ بِخِلْقِهِ وَالتَّمْثِيْلِ وَالْكُفْرِ وَالضَّلالِ".
Maksudnya:

"Ilmu agama tidak diambil (tidak dipelajari) daripada mempelajari dengan kitab sahaja (tidak berguru) kerana sesungguhnya kadangkala (berkemungkinan besar) kitab yang ditelaah (dipelajari) itu telah ditokok tambah dan dibuat penipuan oleh seseorang atau kadangkala apa yang difahami itu bertentangan dengan apa yang telah difahami oleh ulama’ Salaf dan Khalaf " menerusi apa yang dipindahkan (diwariskan) dari satu generasi ke satu generasi di dalam realiti sesebuah umat. Maka hal tersebut akan membawa kepada ibadah yang fasidah (rosak) atau mengundang kepada penyerupaan Allah dengan makhluknya, dan turut boleh membawa kepada kekufuran dan kesesatan.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"لاتَبْكُوْا عَلَى الدِّيْنِ إِذَا وَلِيَهُ أَهْلُهُ وَلَكِنْ ابْكُوْا عَلَيْهِ إِذَا وَلِيَهُ غَيْرُ أَهْلِهِ".
Maksudnya:

"Jangan tangisi agama ini apabila masih ditangani oleh ahlinya, namun tangisilah agama ini apabila ditangani oleh orang yang bukan ahlinya". 

[Diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad dan al-Thabarani]

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"إِذَاوُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتِظَرِ السَّاعَةَ".
Maksudnya:

"Apabila diserahkan urusan kepada orang yang bukan pakarnya maka perhatikanlah saat kebinasaannya". 

[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari]

Berkata Al-Hafizh Abu Bakr al-Khatib al-Baghdadi berkata di dalam kitabnya al-Faqih wa al-Mutafaqqih:

قَالَ الْحَافِظُ أَبُوْ بَكْرٍ الْخَطِيْبُ الْبَغْدَادِيُّ أَحَدُ كِبَارِ الْمُحَدِّثِيْنَ :
"لا يُؤْ خَذُ الْعِلْمَ إِلا مِنْ أَفْوَاهِ الْعُلََمَاءِ".
Maksudnya:

"Tidak diambil sesuatu ilmu agama melainkan daripada mulut-mulut para ulama’". 

Oleh kerana itu, semestinya mempelajari perkara yang berkaitan agama daripada orang yang arif tentang agama lagi dipercayai yang dia juga mengambil ilmu agama daripada orang dipercayai, dan demikianlah seterusnya sehingga sampai kepada generasi sahabat. Sebahagian ulama salaf sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hafiz al-Khatib al-Baghdadi dalam kitab al-Faqih wa'l-Mutafaqqih ada menyatakan: 

قَالَ بَعْضُ السَّلَفِ :
"الَّذِيْ يَأْ خُذُ الْحَدِيْثَ مِنَ الْكُتُبِ يُسَمَّى صَحَفِيًّا وَالَّذِيْ يَأْ خُذُ الْقُرْءَانَ مِنَ الْمُصْحَفِ يُسَمَّىْ مُصْحَفِيًّا وَلا يُسَمَّى قَارِئًا".
Maksudnya:

"Seseorang yang mengambil (mempelajari) hadis daripada kitab-kitab hadis dinamakan ‘Shohafiyyan’ dan orang yang mengambil (mempelajari) al-Quran daripada mushaf dinamakan ‘mushafiyyan’ dan tidak dinamakan Qari (orang yang pandai ilmu makhraj, sifat-sifat huruf dan ilmu tajwid)".


Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ يُرِدِاللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّيْنِ إِنَّمَا الْعِلْمُ بِالتَّعَلُمِ وَالْفِقْهُ بِالتَّفَقُّهِ".
Maksudnya:

"Barangsiapa yang Allah mengkehendaki kebaikan baginya, maka Allah akan memberi kefahaman kepadanya tentang ilmu agama. Demi sesungguhnya ilmu itu hanya diperolehi dengan belajar dan kefahaman itu diperolehi dengan mempelajari dari orang yang faqih (orang yang `alim)".

[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Thabarani]

Perkataan “ta`alum” pada hadis ini, mengikut Amir al-Mu’minin dalam bidang hadis iaitu Ibn Hajar al-`Asqalany membawa maksud berguru bukan mengkaji sahaj. Tetapi sekiranya mengkaji kitab dengan bimbingan guru yang demikian itu tetap dikira berguru.

Diriwayatkan oleh al-Imam Muslim didalam kitabnya Sahih Muslim dan Bazl al-Majhud, telah berkata Ibn Sirin (sahabat Nabi sallallahu`alaihi wasallam) :
"إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِيْنٌ فَانظُرُوْا عَمَّنْ تَأْ خُذُوْنَ دِيْنَكُمْ".
Maksudnya:

"Sesungguhnya ilmu ini adalah agama maka perhatikanlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu".
[Muqaddimah Shahih Muslim bab pada menerangkan sesungguhnya periwayatan itu tidak akan terjadi melainkan daripada orang-orang yang thiqah/ orang yang dipercayai].

Al-Imam Muslim, Sahih Muslim dan Bazl al-Majhud . j.1, h 25.

Telah berkata Ibn Mubarak (guru al-Imam Malik):

" الإِسْنَادُ مِنَ الدِّيْنِ لَوْ لا الإِسْنَادَ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ".
Maksudnya:
"Isnad itu adalah sebahagian daripada agama, sekiranya tidak ada isnad maka berkatalah seseorang itu apa yang hendak dikatakannya (bergantung kepada hawa nafsunya)".

Al-Syaikh al-Muhaqqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah di dalam kitabnya : 

"وَعَلَى كُلِّ حَالٍ : الإِسْنَادُ الَّذِيْ هُوَ فَخْرُ الأُمَّةِ الاِسْلامِيَّةِ, لا يَنْبَغِيْ فِيْهِ التَّسَاهُلُ وَالاِ عْتِمَادُ عَلَى الْوَ هْمِ, بَلْ يَجِبُ التَثَبُّتُ كَمَا كَانَ سَلَفُنَا الصَّالِحُ".
Maksudnya:

"Atas keadaan mana sekalipun, isnad yang mana ia adalah kebanggaan umat islam, tidak sepatutnya diambil mudah pada isnad dan tidak sepatutnya berpegang di atas dasar waham(ragu) malah ia mestilah tetap kukuh seperti mana keadaan golongan yang terdahulu daripada (Salaf al-Salih)".

Al-Syaikh al-Muhaqqiq Abdul Fattah Abu Ghuddah(t.t.) Tarajim Sittah Min Fuqaha al-`Alami al-Islami fi al-Qarn al-Rabi` Asyara wa Atharu humu al-Fiqhiyyah, (t.tp): (t.p), h. 156.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ خَرَجَ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ فَهُوَ فِي سَبِيْلِ اللهِ حَتَّى يَرْجِعَ".
Maksudnya:

"Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu (ilmu fardhu ain), maka dia berada di jalan Allah sehinggalah dia kembali".

[Diriwayatkan oleh al-Imam al-Tirmizi]
Al-Imam Hafiz Ibn Hajar al-`Asqalani al-Syafi`e al-Asy`ari (W. 852 H) dalam kitabnya Fath al-Bari:

قَاعِدَةٌ مُهِمَّةٌ: "مَنْ شَغَلَهُ الْفَرْضُ عَنِ النَّفْلِ فَهُوَ مَعْذُوْرٌ وَمَنْ شَغَلَهُ النَّفْلُ عَنِ الْفَرْضِ فَهُوَ مَغْرُوْرٌ".
Maksudnya:
Kaedah yang penting: "Barangsiapa yang disibukkan dengan hal-hal yang fardhu dari hal-hal yang sunat (sehingga tidak sempat melakukannya) maka dia (dianggap) ma`dzur (diterima alasannya dan dimaklumi), dan barangsiapa yang disibukkan dengan hal-hal yang sunat dari hal-hal fardhu (sehingga dia tidak melaksanakan yang wajib) maka dia adalah orang yang tertipu (syaitan menampakkan amal sunat itu di matanya sebagai amal yang baik sedangkan amal-amal yang fardhu itu lebih utama bagi seseorang itu untuk melaksanakannya)".


Inilah kaedah yang telah ditinggalkan oleh sesetengah orang kerana sibuk mengerjakan perkara sunat dan meninggalkan yang wajib seperti mempelajari ilmu aqidah untuk mengesahkan amal ibadat yang kita buat. Termasuk dalam hal yang difardhukan oleh agama adalah menyebarkan aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah dan memberi peringatan kepada masyarakat agar tidak mengikut golongan yang telah terkeluar dari landasan aqidah arusperdana Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Oleh itu, apabila mendekati kiamat, maka Allah ta`ala akan mengangkat semua ilmu iaitu dengan mematikan para alim ulama’ dan akan lahirkan golongan yang sesat lagi menyesatkan umat Islam sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"إِنَّ اللهَ لايَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رَؤُوْسًا جُهَّالا فَسُئِلُوْا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوْا وَأَضَلُّوْا".
Maksudnya:

"Bahawasanya Allah ta`ala tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah ta`ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama’, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain".



Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa Allah ta`ala akan mengangkat ilmu dengan mematikan para alim ulama’ dan ketika pemimpin yang memimpin rakyat adalah kalangan orang jahil. Pepatah Melayu berkata “patah tumbuh hilang berganti” tetapi peribahasa ini tidak boleh digunakan untuk menceritakan tentang ulama` kerana para alim ulama’ susah untuk dicari ganti. Oleh itu, apabila bumi ini sudah ketiadaan para alim ulama’, maka pada ketika itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia dan alam ini dipenuhi oleh golongan yang sesat lagi menyesatkan.

Dewasa ini, kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya suatu zaman sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam iaitu bilangan alim ulama’ hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada golongan cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Inilah realiti masyarakat kita hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Friday, November 12, 2010

kenapa harus bersedih????

kenapa????

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - Ibrahim 14:34
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:
"Jangan takut, jangan berdukacita." - Al-Ankabut 29:33
Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa.
Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, masalah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya.
Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertekan.
Mengapa harus bersedih? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah?
Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah.
Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka dia tidal layak untuk hidup di dunia ini.
Masalah yang besar yang tetap akan kita hadapi ialah hasutan iblis dan syaitan. Tidak ada masalah yang lebih besar daripada itu. 
Mungkin kita merasakan bahawa masalah anak yang terlalu menekan.
Anak kita nakal, anak kita degil, anak kita tidak mendengar cakap, anak kita suka melawan, dan sebagainya.
Saudara, bukankah itu mengajak kita berusaha berjihad mendidiknya?!
Dan setiap didikan kita kepada anak kita akan diberikan pahala oleh Allah SWT. Lantas berusahalah untuk mendidiknya, mengajarnya, mengasuhnya, dengan cara yang terbaik.
Apakah ada masalah yang lebih besar di dunia ini daripada masalah berdepan dengan hasutan syaitan, dengan iblis?
Syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan kejahatan, syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk melakukan maksiat.
Itu masalah yang besar. Sebab itu mujahadatun-nafs -- melawan nafsu, melawan syaitan, melawan iblis, itu adalah asas kepada perjuangan jihad manusia di muka bumi ini.
Iblis bersumpah dengan Allah SWT bahawa dia akan mengganggu Bani Adam, dia akan menggoda Bani Adam, dia akan menyesatkan Bani Adam. Mereka akan berusaha melakukan itu secara berterusan, sejak kita kecil, dewasa hingga kembali kepada Allah SWT.
Ini masalah yang perlu kita hadapi. Adapun selain daripada itu anggaplah ia asam garam kehidupan.
Masalah yang kita lalui mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita.
Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah, dia menjadi manusia yang tenang, kerana dia rasa lapang dengan segala penyelesaian yang dia hadapi.
Yakinlah dengan sebarang masalah diserahkan kepada Allah. Kita setakat berusaha, Allah jua yang menentukan.

kenapa kita perlu bermujahadah????

hari ini merupakan hari yang membuatkan aku terasa semakin dekat kepadaNYA dan penuh insaf.....seorang pensyarah yang berasal dari jordan banyak menasihatkan aku tentang kehidupan seorang yang diredhai allah....setiap minggu aku datang kepadanya bersama seorang rakan@sahabat@kawan yang selalu menemaniku....setiap minggu aku dengan rakan@sahabat@kawan aku datang kepada pensyarah tersebut untuk mengajar bahasa melayu......tak kan ada ganjaran yang kami pinta selain redha dan rahmat aLlah.....


setiap kali sebelum memulakan kelas....dia akan memberikan kami sedikit peringatan......kadang2 sejarah para mujahidin....cerita2 lucu daripada timur tengah dan macam2 lagi....hari ini aku mau berkongsi kepada sahabt dan diri sendiri bahawa besar erti mujahadah@kesabaran bagi ALLAH kepada hambanya......dalam al-Quran terdapat ayat yang menyebut tentang sabar dan solat dalam satu rangkap...(xtau ayat apa...pensyarah tu hanya sebut begitu tadi...so aku share je la...aku bukan hafal quran.tapi boleh la juga kalau mau jadi ustazah....teringin sangat...insyaalah..).tapi megapa sabar dahulu disebut...bukan solat...sedangkan kita tahu solat adalah wajib...rukun islam pula 2....so????mengapa?????

sebenarnya  seluruh amalan kita akan dinilai oleh aLlah dan manusia...betul kan????tapi hanya puasa ja yang aLlah nilai....sebab orang xtau kita posa.....melainkan bulan ramadhan....jadi kesabaran juga xdapat dinilai oleh manusia.....kesabaran muncul dari hati seorang insan yang mempunyai sifat hilmi.....hilmi????yang 2 pun baru belajar tadi....dalam arab hilmi ni maksudnya lembut....tapi membawa maksud yang mendalam dalam islam.....ia boleh dikaitkan dengan sifat seorang yang lembut hati, baik hati, dan penuh dengan sifat yang baik....aku pernah dengar juga terdapat hadis yang menyatakan sabar itu adalah cahaya(seperti cahaya bulan yang semula jadi)...ertinya kesabaran itu dalam menyinari hati dan jiwa seseorang secara semulajadi....bukan untuk menunjuk2...

apa2 pun aku nak kongsi bahawa sabar sangat penting dalam kehidupan kita......mau sampaikan kepada kawan2 apa yang saya dengar pagi tadi....i luv islam...cerita yang dishare tadi ada kaitan dengan kesabaran...
selamat beramal bersam-sama....moga diredhai dan dirahmati allah.....(^_^)..

kenapa aku bertudung...

nukilan cerita ini adalh kisah besar dari seorang mahasiswa di sebuah universiti tempatan.....untuk peringatan dan pedoman kita semua....moga sama-sama kita hargainya...

Sudah hampir setahun aku memakai tudung.
Dan selama setahun juga soalan dan kata-kata ini diajukan padaku:
"Wah, dah bertudung! Kenapa kau bertudung?"
"Apa mimpi kau bertudung?"
"Baguslah kau dah insaf, macam poyo!"
"Macam baik sangat pakai tudung."
"Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung."
"Bertudung bukan untuk orang kampung je ke?"
Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku,
"Baru MASUK ISLAM ke kak?"
Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.
Peristiwa Pertama
Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap memandang ke luar.
Aku melihat burung-burung yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit.
Tiba-tiba hatiku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku ditimpa masalah macam mana ye?
Adakah kawan-kawanku akan bersama denganku? Atau mereka akan menjauhkan diri?
Hampir sejam aku memikirkan jawapannya.
Dan dengan itu, hatiku berdetik, apabila aku dilanda masalah, kawan-kawanku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku.
Dia sentiasa bersama hamba-hambanya.
"..cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung, maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia (yang besar) daripada Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." - Surah Ali -Imran:173-174
Peristiwa Kedua
Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda yang lebih muda daripadaku meninggal dunia (sebab kematian tidak diingati).
Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur.
Pasti aku diazab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalanku tidak sebagus mana.
Peristiwa Ketiga
Aku melihat berita di televisyen. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya.
Aku melihat ibu bapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak.
Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anakku kelak, akan beginikah sikapnya nanti?
Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah SWT.
Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini.
Diriku tidak sempurna mana kerana aku insan biasa yang punya kelemahan dan kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri.
Dekatkanlah diri dengan Penciptamu, kerana di situ ketenanganmu.
Peganglah pada tali yang satu; tali agamamu kerana tali agamamu tidak akan putus dan ia akan membantumu.
Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung.
Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahanku.

balaslah kejahatan dengan kebaikan

Di satu sudut pasar Madinah Al- Munawarah ada seorang pengemis Yahudi buta. Hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya dia selalu berkata, "Wahai saudaraku janganlah kamu dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya."
Namun tanpa disedari pengemis Yahudi buta, setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan. Tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Begitulah yang dilakukan oleh baginda pada setiap hari sehinggalah ke saat kewafatannya.
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar Radhiallahu Anhu (RA) berkunjung ke rumah anaknya Aisyah. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?"
Aisyah menjawab pertayaan ayahnya, "Wahai ayahanda, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja."
"Apakah itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana," kata Aisyah.
Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Beliau mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapkan nasi, si pengemis itu marah sambil berteriak, "Siapakah kamu?"
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku," jawab si pengemis buta itu.
"Apabila dia datang kepadaku, tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapkan aku tetapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut," pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya. Beliau menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang daripada sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Beliau adalah Muhammad Rasulullah SAW."
Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar RA, dia pun menangis dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya. Dia tidak pernah memarahiku walau sedikit pun, malah dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi. Dia begitu mulia.."
Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadah dihadapan Abu Bakar RA.